Latar Belakang
Kurikulum adalah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia serta aspirasi Jabatan Pendidikan Pahang .
Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada hala tuju dan pengurusan akademik sekolah ini dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
Objektif
- Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
- Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah,
- Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Pahang , PPD Maran dan sekolah.
Dasar
- Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
- Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
- Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.
- Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
- Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
- Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
- Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
- Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran guru besar.
- Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha
- Semua fail panitia diletakkan di Bilik Mesyuarat.
- Sistem KSSR : Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Matematik , Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan,Dunia Sains dan Teknologi, Sejarah, Dunia Muzik, Pendidikan Kesenian, RBT/TMK, dan Bahasa Arab, Pendidikan Moral murid tahun 4 – 6.
- Sistem KSSR Semakan 2017 bagi murid tahun 1- 3 .
- Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru.
- Semua rancangan tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari tahun berkenaan.
- Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
- Rancangan pelajaran harian mengandungi
- 5 perkara asas ; i. Tajuk /dokumen standard, ii. Objektif, iii. Aktiviti, iv. EMK, v. Refleksi
- Buku rekod pelajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap persekolahan minggu berkenaan untuk disemak oleh Guru Besar / PK.
- Semua guru mesti membawa Buku Rekod Persediaan Mengajar setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan PdPc.
- Menghabiskan sukatan.
- Pendidikan PAK21- Kaedah pelajaran hendaklah kepada student centerd/berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan.
- Kualiti PdPc – dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengalamannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf (LADAP).
- Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketapan Akta Pendidikan.
- Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
- Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
- Mana-mana guru yang CRK/berkursus perlu merekod dan memaklumkan Guru Besar dan GPK Pentadbiran serta mencatat dalam buku kehadiran guru.
- Mencari pengganti terlebih dahulu.
- Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
- Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
- Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh GPK Pentadbiran.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
- Bagi sistem PBD 3 kali pentaksiran yang diselaraskan kertas soalan dan jadualnya oleh Majlis Guru Besar.
- Bagi murid di Tahun 6, semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Selain itu, sistem KSSR turut menggunakan kaedah pentaksiran PBD KSSR yang dijalankan dengan menggunakan instrument yang dikhususkan.
- Format – mengikut format soalan kertas pentaksiran awam terkini .
- Semua pengendalian mengikut standard pentaksiran sebenar.
- Masa mengikut kertas sebenar pentaksiran awam.
- Disediakan oleh Setiausaha Pentaksiran Dalaman dan PK. Pentabiran.
- Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
- Masa adalah mengikut keperluan pentaksiran awam
- Markah pentaksiran direkodkan dalam Buku Persediaan mengajar
- Markah pentaksiran dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan.
- Slip keputusan yang lengkap diserahkan kepada ibu bapa murid bagi pentaksiran penggal pertama dan penggal kedua.
- Penetapan gred ataus skor adalah sebagaimana berikut:A: 80-100, B: 64-79,C: 50-63, D: 39-49, E: 0-39
- Post mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali selepas pentaksiran.
- Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
- Semua ketua panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBD dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
- Dokumen berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap.
- Isi kandungan fail berkaitan PBD adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan.
Pengajaran dan Pemudah cara
- Pengajaran dan pemudah cara guru/murid dibilik darjah akan dicerap sebanyak dua kali setahun secara rasmi.
- Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/GPK. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
- Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
- Ketua-ketua panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.
- Semua penolong kanan akan dicerapkan oleh Guru Besar.
- Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia mata pelajaran.
- Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
- Semua panitia perlu membuat OPPM, Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
- Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
- Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi tahun berikutnya.
- Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
- Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
- Penyeliaan/Pemantauan adalah seperti berikut :
Surau
Bilik RBT
Bilik Sains
Bilik Kesenian
Bilik Muzik
- Bilik Permulihan
- Bilik Audio Visual (Tayangan)
- Perpustakaan
(PSS)
- Bilik
Bahan Bantu (BBM)
- Makmal ICT
Bilik Guru
- Bilik Peralatan Jasmani
- Bilik Boss( SPBT)
- Bilik Gerakan
- Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatan kuasa mesti diwujudkan.
- Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pentabiran.
- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Ketua-Ketua Panitia
- Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
- Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa .
- Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu mengajar (BBM) kepada GPK Pentadbiran.
- Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
- 10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian BBM bagi kegunaan awal tahun.
- Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.
- Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
- Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
- PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
- Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
- Waktu ketiadaan guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat .
- Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
- Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa bagi 3 bahasa.
- Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
- Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
- Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan panitia.
- Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
- Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
Kursus Dalaman
- Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentabiran apabila pulang berkursus.
- Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas penganjur kursus.
- Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.
- Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
- Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
- Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
- Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
- Disimpan untuk rujukan panitia.
- Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Time New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5.
- Pentaksiran dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.
- UPSR – Kuantiti Menguasai Tahap Minimum Keseluruhan 100%, Kualiti Cemerlang Keseluruhan 30%
No comments:
Post a Comment